Sunday 28 January 2018

Batu karang : Tanda-tanda penyakit

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian masalah batu karang salur kencing termasuklah di dalam buah pinggang, ureter dan pundi kencing.


Tanda-tanda penyakit batu karang adalah berbeza mengikut lokasi batu karang. Berikut adalah contoh tanda-tanda yang penyakit batu karang

Batu karang dalam buah pinggang
- Sakit di bahagian belakang (loin area)
- Sakit yang datang dan hilang dalam beberapa minit (Colicky pain), ianyaakan berulang-ulang dan seterusnya akan berterusan (Spasm)
- Kencing berdarah
- Dalam keadaan yang teruk boleh juga loya dan muntah

Batu karang dalam salur kencing (Ureter)
- Sakit dibahagian belakang (Bawah) @ lower back.
- Karektor sakitnya sama seperti batu karang dalam buah pinggang
- Sakit kadang kala dirasai (Radiated) ke bahagian kemaluan.
- Loya dan muntah juga boleh berlaku.

Batu karang dalam pundi kencing
-Sakit semasa hendah memulakan kencing
-Sakit pada akhir tempoh membuang air kecil
- Kencing berdarah


Jika terdapat tanda-tanda berikut sebaiknya perlu melakukan pemeriksaan doktor untuk memastikan punca masalah yang dihadapi


No comments:

Post a Comment