Sunday 28 January 2018

Batu karang : Tanda-tanda penyakit

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian masalah batu karang salur kencing termasuklah di dalam buah pinggang, ureter dan pundi kencing.


Tanda-tanda penyakit batu karang adalah berbeza mengikut lokasi batu karang. Berikut adalah contoh tanda-tanda yang penyakit batu karang

Batu karang dalam buah pinggang
- Sakit di bahagian belakang (loin area)
- Sakit yang datang dan hilang dalam beberapa minit (Colicky pain), ianyaakan berulang-ulang dan seterusnya akan berterusan (Spasm)
- Kencing berdarah
- Dalam keadaan yang teruk boleh juga loya dan muntah

Batu karang dalam salur kencing (Ureter)
- Sakit dibahagian belakang (Bawah) @ lower back.
- Karektor sakitnya sama seperti batu karang dalam buah pinggang
- Sakit kadang kala dirasai (Radiated) ke bahagian kemaluan.
- Loya dan muntah juga boleh berlaku.

Batu karang dalam pundi kencing
-Sakit semasa hendah memulakan kencing
-Sakit pada akhir tempoh membuang air kecil
- Kencing berdarah


Jika terdapat tanda-tanda berikut sebaiknya perlu melakukan pemeriksaan doktor untuk memastikan punca masalah yang dihadapi


Sunday 7 January 2018

Assalamualaikum,

Mohon maaf terlalu lama tidak menjeguk blog ni

Niat asal untuk berkongsi pengetahuan berkaitan kesihatan tergendala disebabkan kelemahan diri sendiri dan kesibukan bekerja

Insya'Allah bermula tahun 2018 saya berazam untuk kembali aktif berkongsi fakta berkaitan kesihatan